CINTA Untuk Sidiaku, Terimakasih Cintaku..
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
CINTA Untuk Sidiaku, Terimakasih Cintaku..

Dear yang ada di hati, andai engkau tahu tulisan penaku, maka ingin sekali aku
berkata aku sayang kamu, please sayangi aku.
www.cinta.us.tc
 
IndeksIndeks  Portail*Portail*  ArtikelArtikel  Latest imagesLatest images  PencarianPencarian  Forum cintaForum cinta  SMANSAfriends!SMANSAfriends!  ChattingChatting  GreetingGreeting  PendaftaranPendaftaran  LoginLogin  

 

 Apa itu Cinta?

Go down 
PengirimMessage
cinta

cinta


Jumlah posting : 41
Registration date : 15.08.07

Apa itu Cinta? Empty
PostSubyek: Apa itu Cinta?   Apa itu Cinta? Icon_minitime15/8/2007, 15:05

Apa itu Cinta?QuestionQuestionQuestion


:?:Di ambil dari:http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/apa-itu-cinta/



Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan
cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta.
Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya
ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta

Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke
dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula
dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan
akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan
Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta
sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan
manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia
menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan
dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk
dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang
dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan
cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia
cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari
diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang
dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai
dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal
balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi
juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk

dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini
menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin
menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut

dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta
tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang
perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan
peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh
layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar
cinta, berkata cinta, melihat

cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira,
sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai
satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta
itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta
bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan
cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa
Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka
yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang
tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta
itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah
sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan

bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana
bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak
berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu
berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak
cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta
itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu
walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona
cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa
dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha
Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah
mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka
percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia
mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila
dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang
dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat
sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


santasantasanta
Kembali Ke Atas Go down
 
Apa itu Cinta?
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» cinta.us.tc.... ya
» cinta sejati..
» Apakah itu CInta?
» CINTA SEJATI
» Menginstall cinta....

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
CINTA Untuk Sidiaku, Terimakasih Cintaku.. :: Ingin lebih tahu tentang CINTA?-
Navigasi: