CINTA Untuk Sidiaku, Terimakasih Cintaku..
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
CINTA Untuk Sidiaku, Terimakasih Cintaku..

Dear yang ada di hati, andai engkau tahu tulisan penaku, maka ingin sekali aku
berkata aku sayang kamu, please sayangi aku.
www.cinta.us.tc
 
IndeksIndeks  Portail*Portail*  ArtikelArtikel  Latest imagesLatest images  PencarianPencarian  Forum cintaForum cinta  SMANSAfriends!SMANSAfriends!  ChattingChatting  GreetingGreeting  PendaftaranPendaftaran  LoginLogin  

 

 "B!L@ C!NT@ T!D@K D!RE$TU! QR2NG TU@"

Go down 
PengirimMessage
cinta

cinta


Jumlah posting : 41
Registration date : 15.08.07

"B!L@ C!NT@ T!D@K D!RE$TU! QR2NG TU@" Empty
PostSubyek: "B!L@ C!NT@ T!D@K D!RE$TU! QR2NG TU@"   "B!L@ C!NT@ T!D@K D!RE$TU! QR2NG TU@" Icon_minitime7/12/2007, 17:36

DIAMBIL DARI: http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/06/22/jika-cinta-tidak-direstui-keluarga/

"B!L@ C!NT@ T!D@K D!RE$TU! QR2NG TU@"

Tidak mendapat restu keluarga kekasih
memang menjadi satu masalah dalam sebuah percintaan. Sebab tidak
menyukai atau tidak memberi restu kepada calon menantu ini boleh
menganggu kelancaran hubungan anda dengan bakal suami atau isteri.
Biasanya masalah tidak disukai keluarga kekasih sering berpunca
daripada perbezaan taraf kehidupan, taraf pendidikan, rupa paras dan
sebagainya.
Crying or Very sad

Apabila pihak keluarga mula menunjukkan ketidaksenangan mereka
terhadap bakal menantu, perkara-perkara remeh dan kecil pun boleh
dikembangkan menjadi isu besar. Keadaan ini sudah tentu membawa impak
atau kesan buruk terhadap dunia percintaan anda.
Dan ironisnya, apa yang kerap terjadi, adalah pihak keluarga
pasangan yang menentang hubungan tersebut akan bermati-matian berusaha
untuk memisahkan pasangan kekasih yang saling mencintai ini jika
pasangan itu terlihat bersatu padu mengatasi pelbagai cubaan atau
halangan yang mendatang itu.

Nampaknya cinta semata-mata tidak memadai atau mencukupi untuk
mereka menghadapi sebuah perkahwinan yang penuh dengan duri itu. Ini
semakin menghimpit jika kedua-dua belah pihak keluarga dan rakan-rakan
tidak memberi sokongan moral malahan turut bersikap menjatuhkan.
Keadaan ini sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, malah
sering menyangkut soal fahaman, perbezaan warna kulit, harta kekayaan,
budaya dan agama. Kerana itu tidak hairan jika anda hanya berasa aman
dan bahagia ketika dapat berdua-duaan dengan kekasih kerana saat ini
tidak ada gangguan daripada orang yang tidak menyukai, walaupun
sebenarnya anda berasakan amat memerlukan pergaulan secara terbuka
dengan rakan-rakan dan lingkungan keluarga. Yang lebih menyakitkan lagi
apabila keluarga kekasih menjauhkan pasangan anda daripada aktiviti
keluarga.

Anda juga tidak pernah dijemput dalam acara atau majlis-majlis
penting yang diselenggarakan keluarga si dia. Sehingga membuat anda dan
si dia tidak tahu apa yang patut dilakukan, samada meneruskan
perhubungan terlarang ini atau berpisah sahaja kerana tuntutan pihak
keluarga pasangan yang amat melampau.
Akhirnya pilihan memang bergantung kepada keputusan anda berdua.
Apalagi kalau anda sudah nekad merancang untuk tetap meneruskan
hubungan itu hingga ke jinjang pelamin. Jangan gelabah atau membebankan
pasangan dengan meletakkannya di antara dua pilihan.
Cara terbaik adalah dengan menyelesaikan masalah itu secepatnya.
Jika sudah mengambil keputusan untuk menikah, sudah tiba masanya
keluarga pasangan masing-masing mengetahui lebih jauh mengenai calon
menantunya. Memang bagi keluarga yang mementingkan kedudukan sukar
untuk meminta mereka menerima diri anda seadanya.

Jangan menunjukkan pasangan dengan sikap anda yang keanak-anakan.
Boleh jadi sikapnya yang terlihat lemah atau mengalah dengan
keluarganya selama ini bukan kerana tidak bangga dengan anda tetapi
mungkin dia malu dengan sikap keluarga atau rakan-rakannya dan mungkin
juga dia tidak mahu keluarganya atau rakan-rakannya melakukan perkara
yang tidak sepatutnya (seperti sengaja menyakitkan hati) pada anda.
Dia juga mungkin berasa malu kerana belum berjaya memujuk
keluarganya agar menerima anda dalam keluarga mereka. Sebaik-baiknya
bincangkan masalah ini dari hati ke hati. Katakan pada pasangan betapa
bangganya anda terhadap dirinya kerana tetap memilih anda sebagai
kekasihnya walaupun mendapat tentangan hebat dari keluarganya.
Jelaskan kepada si dia, berikan sekali lagi kesempatan kepada
keluarga untuk mengenal anda berdua dengan lebih lanjut. Bukankah ada
pepatah mengatakan “Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Jadi, biarkan mereka
mengetahui dengan lebih jauh siapa anda sebenarnya. Dalam hal ini,
kesabaran anda memang amat dituntut.
Ingatkan kembali kepada si dia jika keluargany masih bersikap
negatif terhadap diri anda, kerana itu akan menyakitkan diri anda
meskipun kekasih masih setia di samping anda. Jika anda dan kekasih
sama-sama memiliki ketabahan dan percaya diri, cari orang yang
bersimpati dengan anda dan dikenali oleh keluarganya. Bantuan orang ini
barangkali boleh membantu mencairkan masalah anda dengan keluarga
kekasih. Sebagai orang muda, anda bebas untuk saling mencintai,
menikmati indahnya bunga-bunga cinta dan jangan mudah putus asa dengan
berfikir yang bukan-bukan. Namun apabila sudah nekad untuk mendirikan
rumahtangga pastikan ketika itu anda berdua sudah mendapat restu
daripada keluarga kedua-dua pihak, sebab rumahtangga yang tidak
direstui keluarga sering dilanda badai yang tidak terduga.
Biarpun di dadaku hanya ada kamu tetapi cinta pun bukan
segala-galanya. Kita tidak boleh korbankan semuanya hanya kerana cinta.
Belajarlah menerima kenyataan, jika cinta yang sudah anda pertahankan
dengan sepenuh hati tetapi tetap tidak mendapat restu. Percayalah masih
ada dada cinta lain yang boleh anda sandarkan kasih sayang.Smile queen
Kembali Ke Atas Go down
 
"B!L@ C!NT@ T!D@K D!RE$TU! QR2NG TU@"
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» "KUMPUL KEBOO"
» "Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam"
» "CINTA BUTA" benarkah?
» "Kode-kode Romantis Remaja Laki-laki"
» "PERBEDAAN CINTA DAN SUKA"

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
CINTA Untuk Sidiaku, Terimakasih Cintaku.. :: Ingin lebih tahu tentang CINTA?-
Navigasi: